Sponsored by

Total Pageviews

kongsi artikel anda!

click here!

Wednesday 2 July 2014

Kepentingan LOGO



Setiap perniagaan haruslah mempunyai sebuah logo bagi membina jenama perniagaan mereka. Kebanyakkan usahawan yang berjaya diseluruh dunia kebiasaannya mempunyai logo mereka sendiri untuk sesuatu produk. Kepentingan logo ialah untuk melambangkan kerja mereka yang professional dan logo juga merupakan cara usahawan untuk berkomunikasi dengan pelanggan.
Tahukah anda? Logo juga merupakan satu bentuk komunikasi di dalam bentuk visual dan secara tidak langsung ini akan memberi kepastian dan keyakinan kepada pelanggan. Tidak hairanlah jika kebanyakkan usahawan di dunia ini mencipta logo untuk sesuatu produk dan mencecah jualan produk berjuta-juta unit. Satu lagi kelebihan logo ialah pelanggan akan mudah mengingati produk kita. Contohnya bila saya sebut Mc Donald’s, KFC, Coca Cola, Pepsi dan sebagainya anda pasti akan terbayang logonya.

5 fungsi Logo
Identiti - Membolehkan pengguna mengenal pasti sumber atau pengeluar sesuatu produk atau perkhidmatan. Sebagai contoh pengguna akan dapat mengenal pasti  Iphone dikeluarkan oleh syarikat Apple. Jadi, Iphone dan Apple merupakan identiti kepada syarikat Apple.

Membuat pilihan - Membolehkan pengguna memilih barangan atau perkhidmatan dengan mudah. Cuba anda bayangkan jika semua produk telefon bimbit tidak mempunyai sebarang logo perniagaan, bagaimana agaknya kita ingin memberitahu penjual, telefon jenis apa yang ingin kita beli.

Kualiti - Pelanggan memilih sesuatu produk berdasarkan reputasi, kualiti barangan dan perkhidmatan di bawah cap dagangan. Sebagai contoh, pengguna akan lebih yakin untuk membeli telefon berjenama Apple iPhone berbanding jenama-jenama yang lain walaupun harganya agak mahal

Fungsi pemasaran - Logo perniagaan memainkan peranana penting dalam pengiklanan. Pelanggan anda akan lebih mudah dipengaruhi menerusi pengiklanan sesuatu barangan jika di sertakan dengan logo perniagaan anda.

Fungsi ekonomi - perniagaan yang mempunyai reputasi tinggi akan meningkatkankan nilai logo perniagaa itu di mata pelanggan. Dengan nilai yang tinggi, pemilik logo perniagaan mempunyai pilihan untuk melesenkan atau memindahkan hak milik logo mereka dengan ganjaran yang tinggi. Sebagai contoh banyak syarikat-syarikat besar seperti Disney melesenkan penggunaan logo jenama mereka kepada syarikat lain, untuk mengeluarkan produk-produk seperti cenderahati dan sebagainya. Disney tidak perlu mengeluarkan sebarang modal untuk mengeluarkan cenderahati tersebut, dan hanya perlu mengutip royalti hasil daripada perlesenan cap dagangannya. Kesimpulannya jika anda ingin membina jenama dan supaya orang mudah mengenali perniagaan anda ciptalah satu logo yang melambangkan perniagaan anda itu.

P/s: Fiza pon nak wat logo la utk blog sendiri. Nak upah graphic designer tak mampu. So DIY je bleh tak? huhu. Manataw 1 hari nanti tetibe ada company sndri ke?

No comments:

Post a Comment