Sponsored by

Total Pageviews

kongsi artikel anda!

click here!

Saturday 12 July 2014

{DIY: WEDDING GUESTBOOK IDEAS}

Hai u olls...harap sehat2 belaka. Entri kali ni fiza nak share pasal guestbook corner. haaaa....pasti ramai kwn2 di luar sana penah dgar ttg guestbook corner kan?

Perlu ke guestbook corner ni msa wedding? bagi fiza, guestbook corner ni adalah satu sudut yg disediakan khas untuk tetamu yg hadir msa wedding kita utk meninggalkan ucapan/jejak yg menyatakan mereka turut hadir ke majlis kita pada hari tsebut.

bukan tu je, ucapan2 dari tetamu yg dtg msa majlis kita tu boleh dijadikan kenangan untuk ditunjukkan pda anak cucu kita. best kan?

Kalau u oll search kat google, mmg banyak idea2 yg best utk guestbook corner taw! Ada banyak idea-idea yang unik dan menarik ok...rambang mata sbb semua lawa2.

sweet kan semua gambar2 kat atas ni? rasa macam nk buat semua je msa wedding adik ipar fiza tahun lepas.hehe....gigihkan? last2 fiza decide nak try wat mcm idea no.3 - thumbprint idea.

nak tgok tak hasilnye?
jeng....jeng...jeng....

Monday 7 July 2014

{DIY : HANTARAN NIKAH}


gubahan hantaran.jpg

Hye u ollss, straight to the point Fiza nak share DIY Hantaran yang fiza wat untuk adik Ipar Fiza Dr. Laila dan Abdullah Hafizan. Majlis diorang dah lama lepas, 24 Disember 2013. Baru berkesempatan nak pos. hahaha. Dah basi pon...orang lain dah pos pasal rumah baru, renovate, hias2 kita baru nak pos pasal hantaran n wedding project...urmmm =(










cantik tak? hehehe.


Saturday 5 July 2014

10 Sebab Saya Suka Tentang Awak

Hari ni ialah hari jadi husbend  Fiza. bulan puasa ni tataw nak bagi surprise ape tetiap tahun asyik kek aje...mesti bosan kan? nk beli hadiah mahal2 pon poket tgah kontang bulan ni nk kena bayar itu ini tambah2 nk raya...korang pepaham le kan....
Any idea yg best2 tak? Agak2 kalau Fiza list pasal apa yg fiza suka tentang dia mcam kat bawah ni ok tak? korang jgn kutuk2 taw..huhuhu.

10 Sebab Saya Suka Tentang Awak

1.       Awak org 1st yg ajar anak kita berjalan secara official. Tahniah diucapkan.

2.   Awak boleh jadi bantal utk anak saya setiap masa & dimana jua.



3.       Awak sudi pinjamkan bahu awak & berlakon jadi kuda utk gembirakan anak kesayangan saya.

4.       Awak ajar anak saya erti keseronokan dgn bermain buih belon walaupon saya tahu awak yang teringin nak main kan? Kan?


5.       Pape je yg awak makan, menjadi kegemaran anak saya…xspecially biskup mayat celop milo..slurrrp 
6.       Awak boleh jadi sofa time anak saya tgok rancangan kegemarannya, walaupon kandungan tulang dalam badan awak melebihi isi dan lemak menyebabkan nilai keempukkannya kurang, asalkan anak saya happy…saya pon happy =p



7.       Walaupun awak tak suka air termasuklah mandi, tapi saya kagum sbb awak sanggup teman anak saya main air berjam-jam lamanye…eceh poyo



8.       Saya tahu awak bukan kaki selpie, tapi sebab anak saya…awk curik2 guna enset saya pastu selpie sama2. How sweetttt…



9.       Awak sanggup layan anak awak 10x ganda lamanye tanpa rasa penat & jemu. Kalau layan saye…kjap je awak menguap ye dok???



10.       Akhir sekali, ke mana awak nak pergi…anak saya mesti nak ngekorrr je…tak paham btol le.


So, dengan ini saya nak iktiraf awak sebagai PAPA PALING HEBAT dalam hidup saya selepas abah saya. Saya sgt2 menghargainya…Terima kasih & Selamat Hari Lahir ke 28 sayang!

-ikhlas dari isterimu yg sweet lagi rupawan-

*p/s: esok jom shopping nak??? heeee =p

{DIY : MINI PELAMIN}

Hello gojes2 sekalian...Selain wedding card, fiza suka sangat diy pelamin sendiri...tapi yang sedihnye masa wedding fiza, fiza tak sempat pon buat sendiri sebab gigih n pulun sume benda nak wat sendiri. dari wedding card, doorgift, hiasan bilik pengantin, veil nikah dan juga hantaran. so part pelamin mmg dah tak sempat. amik pakej sekali dgn baju pengantin terus.
So, kat sini fiza share hasil kerja tangan fiza untuk pelamin sister in law Nabilah dan juga Sakinah...
Majlis dah lama berlangsung...tapi apasalahnya nak share kan? manataw boleh bg idea pda b2b sekalian? heeeee

P/s: Sila jangan menyampah tgok aksi kami berdua...sekian~

Friday 4 July 2014

{DIY : WEDDING CARD}

Salam...warga blogger sekalian. hampir seminggu dah kita berpuasa kan? pejam celik pejam celik ntah2 dah nak raya? harap2 tahun ni Fiza dapat pose penuh...kekekeke =p
Ok lah, hari ni Fiza nak kongsi beberapa keping gambar diy wedding card yg fiza wat untuk my sister in law nabilah dan juga kawan lama albaniah...Wat suke2 aje. Dulu igt nak wat part time tlg member2 wat wedding card dgn hrga yg murah dan budget tp lepas dapat little haha ni projek terbengkalai...
Actually Fiza banyak sgt impian dalam kepala hotak ni...tapi oleh kerana kekangan masa dan juga komitmen keje skg...terpaksa lupakan dulu. Oklah...taknak potpet2...jom kita tgok gambar lagi best!
p/s : kalau korang nak taw fiza guna autoCAD je wat sume kad ni. hehehe. tak semestinya autocad boleh wat drawing bangunan aje...kad kawen pon boleh ok...be more creative wif tools or software that u r familiar. ok?

Thursday 3 July 2014

{DIY : GUESTBOOK CORNER}


Haluuuu...rasanya sepanjang minggu ni Fiza post pasal wedding aje kan? Walaupun pengantin lame, dah basi...dulik ape...fiza punya blog...sukati le..hehe. Actually masa zaman anak dara bujang tratantang dulu ada plan nak wat blog n post entri setiap kali DIY Wedding Project...tapi tataw la nape dat time mcm bz sgt..memang tak berkesempatan langsung! apa yg tak sempat pon tataw la..bukan ada anak kecik yang nak disusukan pon time tu ye dok? ALASAN!!! hehehe

Actually sebelum kawen Fiza keje ngn Consultant...Mmg bz je memanjang...balik pon lewat malam. Pastu nak DIY wedding project lagi...hurmmm penat gile time tu. Tu yang tak nyempat nak berblogging...hehe poyo je kan? Ok la, Fiza wat DIY GuestBook corner simple2 je janji sweet...

diy guestbook corner.jpg
Taraaaaa...sweet tak kitorang???  ngeh3=p
Ni je gambar yang ada...gambar sebelum & step by step progress msa DIY ni, mintak ampun bebanyak...dah hilang...ntah kemana gambor2 tu lesap. Guestbook corner ni, Fiza wat dalam bilik pengantin taw. Sebab ape??? Haaa...cer tengok giant canvas frame yang fiza gantung kat dinding tu...tak ke tebal muke kalau letak kat ruang tamu or mane2? Orang lalu lalang asyik tgok kami ber2 dok kipas memasing. awww gatalnyeeee. So, wat dlam bilik kan lebih privacy...so smpai skg gambar tu tergantung je dlam bilik ktorang kat kampung...rasa best je tgok zaman muda remaja. ngeh3=p 


Wednesday 2 July 2014

Kepentingan LOGO



Setiap perniagaan haruslah mempunyai sebuah logo bagi membina jenama perniagaan mereka. Kebanyakkan usahawan yang berjaya diseluruh dunia kebiasaannya mempunyai logo mereka sendiri untuk sesuatu produk. Kepentingan logo ialah untuk melambangkan kerja mereka yang professional dan logo juga merupakan cara usahawan untuk berkomunikasi dengan pelanggan.
Tahukah anda? Logo juga merupakan satu bentuk komunikasi di dalam bentuk visual dan secara tidak langsung ini akan memberi kepastian dan keyakinan kepada pelanggan. Tidak hairanlah jika kebanyakkan usahawan di dunia ini mencipta logo untuk sesuatu produk dan mencecah jualan produk berjuta-juta unit. Satu lagi kelebihan logo ialah pelanggan akan mudah mengingati produk kita. Contohnya bila saya sebut Mc Donald’s, KFC, Coca Cola, Pepsi dan sebagainya anda pasti akan terbayang logonya.

5 fungsi Logo
Identiti - Membolehkan pengguna mengenal pasti sumber atau pengeluar sesuatu produk atau perkhidmatan. Sebagai contoh pengguna akan dapat mengenal pasti  Iphone dikeluarkan oleh syarikat Apple. Jadi, Iphone dan Apple merupakan identiti kepada syarikat Apple.

Membuat pilihan - Membolehkan pengguna memilih barangan atau perkhidmatan dengan mudah. Cuba anda bayangkan jika semua produk telefon bimbit tidak mempunyai sebarang logo perniagaan, bagaimana agaknya kita ingin memberitahu penjual, telefon jenis apa yang ingin kita beli.

Kualiti - Pelanggan memilih sesuatu produk berdasarkan reputasi, kualiti barangan dan perkhidmatan di bawah cap dagangan. Sebagai contoh, pengguna akan lebih yakin untuk membeli telefon berjenama Apple iPhone berbanding jenama-jenama yang lain walaupun harganya agak mahal

Fungsi pemasaran - Logo perniagaan memainkan peranana penting dalam pengiklanan. Pelanggan anda akan lebih mudah dipengaruhi menerusi pengiklanan sesuatu barangan jika di sertakan dengan logo perniagaan anda.

Fungsi ekonomi - perniagaan yang mempunyai reputasi tinggi akan meningkatkankan nilai logo perniagaa itu di mata pelanggan. Dengan nilai yang tinggi, pemilik logo perniagaan mempunyai pilihan untuk melesenkan atau memindahkan hak milik logo mereka dengan ganjaran yang tinggi. Sebagai contoh banyak syarikat-syarikat besar seperti Disney melesenkan penggunaan logo jenama mereka kepada syarikat lain, untuk mengeluarkan produk-produk seperti cenderahati dan sebagainya. Disney tidak perlu mengeluarkan sebarang modal untuk mengeluarkan cenderahati tersebut, dan hanya perlu mengutip royalti hasil daripada perlesenan cap dagangannya. Kesimpulannya jika anda ingin membina jenama dan supaya orang mudah mengenali perniagaan anda ciptalah satu logo yang melambangkan perniagaan anda itu.

P/s: Fiza pon nak wat logo la utk blog sendiri. Nak upah graphic designer tak mampu. So DIY je bleh tak? huhu. Manataw 1 hari nanti tetibe ada company sndri ke?

Kenali Personaliti Melalui Tandatangan


Korang pernah terpikir tak yang ada rahsia disebalik tandatangan korang? Melalui tandatangan, kita boleh kenali watak, personaliti atau ciri-ciri seseorang taw! hebatkan siapa yang mengkaji mende-menda camni? Fiza kadang-kadang suka jugak le baca bab-bab personaliti ni. Bukan apa, saja nak taw dan kenal diri sendiri...nak taw apa kelemahan diri, so yang mana tak elok tu boleh diperbaiki, betul tak? So, tak nak cerita panjang, jom kita baca :

Tanda Tangan Yang Berakhir Ke Atas
Wah, korang yang mempunyai tanda tangan seperti ini memang seorang yang bercita-cita tinggi dan mempunyai impian yang besar dalam kehidupan! Keinginan korang ini membuatkan korang mempunyai sikap yang positif iaitu rajin berusaha dan tidak mudah berputus asa. Setiap perkara yang korang lakukan sering kali membuahkan hasil yang baik disebabkan kesungguhan dan kesabaran korang untuk mencapai kejayaan.

Tanda Tangan Bercorak Bulat
Bulat menggambarkan seorang yang suka berfikir. Walaupun ada masanya masalah yang korang hadapi itu boleh diselesaikan dengan mudah. Tetapi korang tetap banyak berfikir untuk menyelesaikan masalah itu daripada segi positif atau negatif. Sikap korang itu memang bagus, tetapi jangan sampai diri korang pula tertekan nanti..Jadi penyelesaiannya sudah ada di depan mata, jadi jangalah pula menyusahkan diri sendiri. Itu lebih mudahkan.

Tanda Tangan Yang Bersimbol Love Atau Bunga
Pergh.. beruntung la siapa yang berkawan dengan korang nie! Penuh dengan kemesraan dan kasih sayang. Korang seorang kawan yang baik dan pendengar yang setia. Sebab itu semua orang senang berdamping dengan korang. Pendek kata, jika rakan-rakan kamu mempunyai masalah, koranglah yang akan menjadi pakar perundingnya dan nasihat-nasihat korang itu pastinya bernas.

Tanda Tangan Berbentuk Kartun
Lucu betullah korang nie.. Karakter korang ini seringkali membuatkan rakan-rakan sekeliling tidak kering gusi apabila bersama korang. Ada sahaja topik yang menjadi perbualan hangat antara korang dan rakan-rakan. Sikap korang itu memang bagus kerana menjadi penghibur kepada rakan-rakan.. Cuma yang kurang bagusnya, golongan seperti ini mempunyai sikap sambil lewa jika sesuatu perkara itu perlu serius apabila dibincangkan.

Tanda Tangan Yang Berakhir Ke Bawah
hmm.. ini sebenarnya seorang yang kreatif. Tetapi yang bahayanya, kamu juga seorang yang kuat berangan tentang perkara yang tidak masuk akal. kalau berangan sedikit utnuk kebaikan tidak ada salahnya. Mungkin ia dapat membantu melahirkan idea-idea yang bagus. Tetapi berangna kosong sehingga menjejaskan pelajaran tidak baik untuk korang. Kurangkan sikit sikap yang suka berangan itu..

Tanda Tangan Lurus
tanda tangan yang lurus menggambarkan keperibadian yang baik pada korang.. Seorang yang jujur dalam melakukan sesuatu perkara. Pada korang bercakap dengan betul dan tidak berbohong itulah yang sebaik-baiknya. Sedia menerima akibat baik dan buruknya terhadap sesuatu perbuatan yang kamu lakukan. Korang benci pada orang yang suka menipu dan pengkhianat. Korang juga percaya, setiap perbuatan yang baik itu, pasti mendapat balasan yang baik di kemudian hari..

Tanda Tangan Ringkas
Pantas! satu perkataan yang boleh mengungkap diri yang sebenar. Korang seorang yang pantas dan cekap dalam melakukan tugasan. Biasanya akan berfikir panjang terlebih dahulu sebelum membuat sesuatu tindakan. Ringkas dan mudah adalah prinsip kamu. Tak payah nak pening kepala membuat suatu perkara yang susah. Kalau dah ada depan mata, rebut saja peluang yang ada.

Tanda Tangan Abstrak
Golongan ini mempunyai tanda tangan yang sukar untuk difahami oleh orang lain. Tanda tangannya langsung tidak ada kena mengena dengan namanya sendiri.. Ini memang sangat seni. jadi tidak hairanlah tanda tangan korang juga mempunyai bentuk yang unik. Korang seorang yang perahsia. Banyak tentang diri korang tidak diketahui oleh orang lain. Orang seperti ini akan cuba sedaya upaya menyelesaikan masalahnya sendiri tanpa menyusahkan orang lain.

Haaa..menarikkan? pasni agak2 ada yang tetibe nak tukar tandatangan tak? 

{TLAL : Majlis Akad Nikah Fiza & Syafiq | 24 Disember 2011}


Salam u olls...sehat ke tak hari ni? kalau masih boleh baca entri kat blog Fiza ni kira masih sehat la tu kan heee...Haaaa...entri kali ni pasal flashback saat-saat Fiza & En. Koy dinikahkan...Rasa macam baru je nikah semalam. Masih segar detik-detik itu diingatan...cewaahhh poyooo!!! Terus carik balik gambar2 masa nikah tu. Rasa macam nak kawen lagi sekali je...haha gedikkan?
Bagi fiza, part paling best masa nak kawen ialah part diy kad kawen, hantaran, goodies, guestbook corner & bilik pengantin. Next entri Fiza post pasal diy projek kawen Fiza ok? Minat sgt wat mende2 cmni taw. Btw, kita layan dulu gambar2 smasa majlis akad nikah fiza ni...zasssss!

{Credit to}
PhotographerEdan Hadi Photography
Make up byRosita Khalid Andaman
Persalinan/Veil : DIY Sdn Bhd

Tuesday 1 July 2014

|TLAL's family members|

Ok...tajuk entri mcm nama company plak..ada group member bagai. hehehe. Rasanya entri ke2 ni masih lagi sesi intro yg mana fiza nak knalkan insan2 yg sgt penting dlam hdup fiza selain mak abah selepas bergelar seorang isteri dan ibu.

Alhamdulillah, masuk tahun ni dah 3 kali kami menyambut bulan ramadan bersama selepas disatukan pada 24 Disember 2011. Rasa macam kejap je masa berlalu kan?

Ok lah fiza brief skit psal en hubby nie...Nama die dlam ic Mohd Syafiq tp member2 panggil dia koyok. glamer tak? haha...Fiza kenal dia msa kat U dulu. Kami budak Civil Eng. satu kelas, satu PA & satu group bile wat projek berkaitan subjek. Haaaa dari situ le terbitnye bunge2 cinte antra kami...dia seorang yg kelakar okeh...eceh lelebih plak cete.

En Koy skrg keje as QA QC Engineer di sebuah syarikat bla bla bla. tak silap fiza ni company yg ke 3 lepas beliau lompat sana sini. maklumlah swasta kan...nak demand kena la lompat2. huhu

Ok, cete skit2 je psal en koy. Sambung cete pasal anak plak le. My pretty baby boy ni namanye Muhammad Hadif Haikal. Baru 1 tahun 3 bln. Nama panjang bebenor penat nk taip nama anak. Nyesal letak nama anak pepanjang nnt dia besor time exam tang part tulis nama aje dah hbes 5 minit. rugi je kan? hahaha.

ok lah, itu je la kot serba sikit mngenai ahli keluarga fiza. ok bye!


|BERIADAH|Setia Eco Park|